Ads.

Thursday, 26 June 2014

Kesalahan pelajar dalam menguruskan wang


Kurang pengetahuan dan kesedaran
Ini adalah salah satu kesalahan yang seringkali dilakukan oleh pelajar. Apabila ditanya, bagaimana menguruskan wang, mereka tahu apa yang hendak dibeli dan apa yang akan mereka buat dengan wang yang ada. Tapi malangnya, kurang arif dalam hal menguruskan kewangan sendiri. Kurang pengetahuan mengenainya, mengakibatkan kepentingan pengurusan kewangan dengan baik diketepikan. Lantas, kesedaran dalam diri langsung tidak timbul sehinggalah wang habis digunakan, barulah tersedar. Saat itu, nasi telah pun menjadi bubur.


Boros berbelanja
Pelajar kadangkala terleka  akan aliran keluar masuk wang dan terus menerus berbelanja tanpa berfikir dua kali. Salah satu sebabnya adalah gagal membezakan antara keperluan dan kehendak. Membeli gaget terkini, seperti smartphone, atau membeli lebih banyak pakaian baru, dianggap  satu keseronokkan dan kepuasan. Perbuatan ini seolah-olah hanya menyakiti diri sendiri dengan menggali lubang perangkap yang lebih dalam dan terpaksa memanjat  keluar ke  permukaan apabila kehabisan wang.

cc: scorea.saifulbahri.net
Tiada wang tabungan
Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan menerapkan anak-anak mereka dengan budaya menabung sejak kecil lagi. Seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, budaya menabung sudah sukar untuk diterapkan. Tambahan pula, ada anak-anak yang melanjutkan pelajaran dan duduk berjauhan dari ibu bapa. Hal ini penting kerana kita tidak tahu apa yang bakal menimpa pada masa akan datang dan ketika itu langsung tiada wang simpanan, lalu memberi tekanan kepada individu tersebut.

Bebanan hutang
Masalah kewangan dalam kalangan pelajar juga boleh berlaku kesan daripada berhutang terlalu banyak daripada pihak tertentu, sama ada rakan-rakan sendiri atau yursn pengajian yang tertunnggak. Isu ini semakin buruk apabila pelajar tersebut terpaksa membayar semua hutang pada setiap awal semester baharu. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan sumber kewangan pada semester tersebut dan terpaksa meminjam lagi. Kitaran penghutang dan pemiutang tidak akan hilang dari kamus hidup mereka. Kesannya, terpaksa hidup dibelenggu hutang selamanya.




No comments:

Post a Comment