Ads.

Tuesday, 12 March 2013

Jalan TAR & Masjid India



Assaamua'laikum & peace be upon you..

بسم الله الرحمن الرحيم


Ehm2...kaifa halukum jami'an??Alhamdulillah..b4 I start my story,let me asah2 my tekak..hehe=)
Hari tu sye pegi KL,(Masjid India,Masjid Jamek,& Jalan TAR)..with my beloved friends (Zu,Ecah,Tikah,Yien,Kak Wan & Mira)
Saje2 nk pegi..actually ,x prnah pegi pun, tmpat2 ni...mls nk pegi, tapi nk thu jlan & nk rse sendiri khibrah ke pusat prniagaan trkemuka ni..huhu~
Bagi mereka yg memulakn prjlann dr Klang,bleh amek KTM smpai KL Sentral & then naik LRT ke Masjid Jamek..rsenyer naik bas terus dri Klang or RApid KL pon bleh jga...papehal survey dlu..mne yg mudah..=)


Stesen Bas Klang
Di sinilah tmpt trawl  memulakn prjalann ke KL..Selain stesen bas ni,ade satu lagi stesen bas utama,tapi bkn di sini..di Klang Sentral..ramai mnusia..tengok tu,masing2 promote bas..hingar-bingar dibuatnya..tapi klau xda mreka yg hingar-bingar ni,x naik bas lah anda sume..x pon sesat..thanx pk cik bas..شكرا وجزكم الله خيرا كثيرا





Jalan Tuanku Abdul Rahman(TAR)
Macam ikan sardin..ramai sngat orng..barang2 di sini,trlalu bnyk...x dpt digmbarkn dgn kata2..buah-buahan,pakaian,makanan,jenuh kaki brjlan..x hbis jlan pun..pnjang sngt market ni..dah tu,bnyk pula knderaan kluar msuk..mkin sesakla..when Eidulfitri is just around the corner,there is more people here..the hot stuff ex:baju kurung,baju melayu & cakes,jatuh hrganya..





Ha...nilah gambar2 yg sempat disnap..



Jalan Masjid India
Besides this mosque,there is also a market nearby..almost likely as the Jalan TAR,but a little shorter..macam biaselah..ade bnyk barang & ramai manusia..rselah sndiri experience  di sini..emm, foreigner pun ramai jgalah..


 Masjid India
Pengerusi Masjid India, A.V.M. Haja berkata, masjid tersebut telah dibina pada tahun 1863 yang dibiayai oleh seorang pedagang India Muslim yang menetap dan berniaga di sekitar Batu Road (kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman).
"Ketika dibina, masjid ini tidak mempunyai sistem paip mahupun kemudahan air, jadi umat Islam yang ingin bersolat ketika itu perlu mengambil wuduk di Sungai Klang yang tidak jauh dari masjid," katanya ketika ditemui di masjid tersebut baru-baru ini.
Menurut Haja, asalnya Masjid India adalah sebuah masjid kecil yang dibina dengan kayu. Untuk memenuhi pertambahan umat Islam yang semakin bertambah, keluasan masjid diperluas pada tahun 1900.
"Pada 1962, satu lagi pengubahsuaian dilakukan melibatkan pembinaan bangunan masjid setinggi tiga tingkat. Bangunan masjid lama pula diroboh pada tahun 1964," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Masjid India, Ebrahim Mohideen berkata, lokasi Masjid India yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota menjadikan ia tumpuan tempat ibadah untuk semua bangsa termasuk pelancong asing.
Maka pada tahun 1999, satu lagi pengubahsuaian besar-besaran dijalankan, kali ini melibatkan penambahan tempat mengambil wuduk, perluasan ruang solat dan kemudahan tandas untuk wanita.
"Dalam tahun 2002 keseluruhan permukaan luar masjid diberi sentuhan batu granit yang dikilat.
Pengubahsuaian juga meliputi bahagian Mihrab dan Mimbar yang bermula pertengahan tahun lalu. Pembinaan dua bahagian tersebut diberi sentuhan Moghul dari India," jelasnya yang merupakan anak jati Kuala Lumpur.
Uniknya tentang reka bentuk Masjid India ialah reka bentuk menaranya seperti Chatri India. Selain lambang penyatuan ummah, Masjid India menyimpan memorinya tersendiri bagi peniaga dan pedagang India di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kini Masjid India boleh menampung seramai 3,500 jemaah pada satu masa dan pada hari Jumaat dan Hari Raya jemaah melimpah ruah hingga beberapa kilometer jauhnya dari masjid.
Utusan

Waakhiran..ni sje coretan,contengan n blabla..my experience di KL..oleh itu, marilah kita melihat dengan mata hati akan kejadian di sekeliling kita..yang baik jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan..ampun maaf dipinta andai CORETAN di ats mnyntuh sensitiviti anda..

Wallahua'lam.

Firman Allah:
"Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu"(An-Naml 27:69)

No comments:

Post a Comment